Monday, May 25, 2009

MAJLIS RAMAH MESRA DIALOG & AKUJANJI 10 MEI 09

SESI DIALOG
Sesi dialog ini diadakan diantara pihak sekolah dengan ibu bapa bagi memberi cadangan-cadangan untuk mempertingkatkan lagi kualiti pelajar dalam kecemerlangan akademik.
Sesi dialog ini telah dijawab oleh wakil sekolah iaitu Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seri Medan, Puan Siti Johariah binti Jumali.
Soalan 1
S: Adakah pihak sekolah dapat mengadakan kelas tambahan pada waktu malam?

J: Hal ini kemungkinan tidak dapat diadakan kerana banyak kekangan daripada ibu bapa dan guru-guru. Sesetengah guru-guru yang mengajar di SMK Seri Medan tinggal di luar Seri Medan dan ini adalah di antara kesukaran yang telah timbul. Selain itu, keselamatan para pelajar juga dititik beratkan kerana kebanyakan tempat tinggal pelajar jauh dari sekolah dan tiada kenderaan yang dapat disediakan oleh pihak sekolah.
Soalan 2
S: Adakah pihak sekolah akan mengadakan kelas tambahan pada waktu cuti panjang persekolahan?

J: Demi kepentingan para pelajar, ibu bapa meminta guru-guru mengadakan kelas tambahan dan mereka akan diberi intensif oleh ibu bapa. Kebanyakan program-program akan diadakan untuk para pelajar dan para guru SMKSM pada musim cuti persekolahan. Oleh itu, jadual perlu disusun jika pihak sekolah hendak mengadakan kelas tambahan.Pihak sekolah dan penyelaras KRK akan membincangkan hal ini dengan lebih lanjut.
Soalan 3
S: Adakah pihak sekolah ada menyediakan talian khas untuk dihubungi oleh ibu bapa jika terdapat sebarang masalah yang berkaitan dengan pelajar SMKSM?

J: Pihak sekolah tidak ada menyediakan talian khas kecuali nombor telefon sekolah. Ibu bapa disarankan supaya menyuruh anak-anak mereka meminta nombor telefon para guru masing-masing. Tujuan ini adalah untuk memastikan sebarang masalah dapat diselesaikan dengan hanya jika dirujuk kepada pihak sekolah atau guru-guru SMKSM.
Ibu bapa juga mencadangkan pihak sekolah mengadakan tuisyen pada hari Sabtu dan Ahad supaya dapat membantu anak-anak mereka di dalam bidang akademik dengan lebih cemerlang.

No comments:

Post a Comment