Monday, May 25, 2009

MAJLIS DIALOG: UCAPAN PENYELARAS KRK

UCAPAN PENYELARAS KRK

Ucapan daripada Puan Norhayati binti Ismail, penyelaras Kelas Rancangan Khas (KRK) SMK

Seri Medan, Batu Pahat.

1. Menjelaskan tujuan program

a. Ramah Mesra –

Merapatkan hubungan antara ibu bapa dan warga sekolah yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.
b. Akujanji –

Anak-anak didik Kelas Rancangan Khas (KRK) berjanji kepada diri sendiri, ibu bapa dan pihak sekolah untuk mencapai matlamat dan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan.

2. Kelas Rancangan Khas (KRK) menjadi pilihan ibu bapa-
Sejak kebelakangan ini kerana keputusan peperiksaan UPSR melepasi sasaran. Keputusan lebih baik daripada sekolah-sekolah berasrama penuh seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Barat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd Khalid.
Justeru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan (SMKSM) yang baru bertatih meniru atau mencontohi sekolah-sekolah tersebut bagi membantu sekolah mencapai kecemerlangan.

3. Pemilihan pelajar-pelajar KRK –
Ini berdasarkan keputusan UPSR pelajar minimum 3A 2B. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan (SMKSM) mempunyai 2 kelas KRK iaitu tingkatan 1 Efisien dan tingkatan 2 Efisien.

4. Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan:

a. Pembentukan budaya pelajar KRK dalam kelompok elit.
b. Sasaran PMR para pelajar mesti memperolehi 5A 3B pada tahun 2011.
c. Pihak jabatan telah mencadangkan untuk mengumpulkan pelajar KRK kepada kelompok yang terbilang, gemilang, cemerlang dan kepujian.

5. Program-program yang telah dirancang bagi tahun 2009 –
Pihak sekolah dijadikan sebagai penggerak bagi memenuhi hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan.
a. Kelas Kecemerlangan KRK siri 1.
b. Kelas Kecemerlangan KRK siri 2.
c. Motivasi dikendalikan oleh kaunselor.
d. Program mentor-mentee.
e. Sentuhan rohani dan solat berjemaah.
Program kelas kecemerlangan telah dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 untuk menanggung kos-kos teknikal dan bahan-bahan. Ini kerana KRK tiada mendapat peruntukan daripada kerajaan. Selain itu, program Summer Camp akan diadakan pada hujung tahun sebagai persiapan untuk peperiksaan PMR.

6. Kesimpulan
Beliau percaya anak-anak didik di kelas KRK adalah anak-anak didik yang cemerlang dari segi minda dan emosi. Pihak sekolah berharap ibu bapa pelajar dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada kecemerlangan anak-anak mereka dan sekolah. Seterusnya dapat mencapai sasaran seperti yang diharapkan oleh pihak KPM, jabatan dan khususnya SMK Seri Medan.

No comments:

Post a Comment