Monday, May 25, 2009

MAJLIS DIALOG: UCAPAN PENYELARAS KRK

UCAPAN PENYELARAS KRK

Ucapan daripada Puan Norhayati binti Ismail, penyelaras Kelas Rancangan Khas (KRK) SMK

Seri Medan, Batu Pahat.

1. Menjelaskan tujuan program

a. Ramah Mesra –

Merapatkan hubungan antara ibu bapa dan warga sekolah yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.
b. Akujanji –

Anak-anak didik Kelas Rancangan Khas (KRK) berjanji kepada diri sendiri, ibu bapa dan pihak sekolah untuk mencapai matlamat dan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan.

2. Kelas Rancangan Khas (KRK) menjadi pilihan ibu bapa-
Sejak kebelakangan ini kerana keputusan peperiksaan UPSR melepasi sasaran. Keputusan lebih baik daripada sekolah-sekolah berasrama penuh seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Barat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd Khalid.
Justeru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan (SMKSM) yang baru bertatih meniru atau mencontohi sekolah-sekolah tersebut bagi membantu sekolah mencapai kecemerlangan.

3. Pemilihan pelajar-pelajar KRK –
Ini berdasarkan keputusan UPSR pelajar minimum 3A 2B. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan (SMKSM) mempunyai 2 kelas KRK iaitu tingkatan 1 Efisien dan tingkatan 2 Efisien.

4. Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan:

a. Pembentukan budaya pelajar KRK dalam kelompok elit.
b. Sasaran PMR para pelajar mesti memperolehi 5A 3B pada tahun 2011.
c. Pihak jabatan telah mencadangkan untuk mengumpulkan pelajar KRK kepada kelompok yang terbilang, gemilang, cemerlang dan kepujian.

5. Program-program yang telah dirancang bagi tahun 2009 –
Pihak sekolah dijadikan sebagai penggerak bagi memenuhi hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan.
a. Kelas Kecemerlangan KRK siri 1.
b. Kelas Kecemerlangan KRK siri 2.
c. Motivasi dikendalikan oleh kaunselor.
d. Program mentor-mentee.
e. Sentuhan rohani dan solat berjemaah.
Program kelas kecemerlangan telah dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 untuk menanggung kos-kos teknikal dan bahan-bahan. Ini kerana KRK tiada mendapat peruntukan daripada kerajaan. Selain itu, program Summer Camp akan diadakan pada hujung tahun sebagai persiapan untuk peperiksaan PMR.

6. Kesimpulan
Beliau percaya anak-anak didik di kelas KRK adalah anak-anak didik yang cemerlang dari segi minda dan emosi. Pihak sekolah berharap ibu bapa pelajar dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada kecemerlangan anak-anak mereka dan sekolah. Seterusnya dapat mencapai sasaran seperti yang diharapkan oleh pihak KPM, jabatan dan khususnya SMK Seri Medan.

MAJLIS DIALOG: UCAPAN PENGETUA

UCAPAN PENGETUA

Pengetua SMK Seri Medan, Encik Hassan bin Asit telah memberi ucapan dalam perasmian Majlis Ramah Mesra, Dialog dan Akujanji Kelas Rancangan Khas SMK Seri Medan.
Beliau telah memberi ucapan tentang:
1) Majlis ini bertujuan untuk sesi pertemuan antara guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 Efisien.
2) Pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 Efisien ini merupakan golongan pelajar-pelajar pandai yang tidak dapat meneruskan pembelajaran ke sekolah berasrama penuh.
3) Pada tahun 2008 Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah mencadangkan satu kelas rancangan khas di SMK Seri Medan iaitu tingkatan 1 dan 2 Efisien. Para pelajar dibenarkan memasuki kelas ini dengan hanya mendapat keputusan UPSR 3A sahaja. Manakala bagi pelajar yang mendapat C dalam Matematik dan Sains di dalam UPSR, mereka tidak akan dipilih memasuki kelas rancangan khas.
4) Keputusan Peperiksaan Peniliaian 1 yang lepas, terdapat pelajar tingkatan 2 Efisien telah gagal dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Pelajar-pelajar diingatkan supaya mengekalkan keputusan yang cemerlang dan menigkatkan lagi prestasi di dalam akademik.
5) Sasaran bagi peperiksaan PMR tahun 2010, para pelajar perlu mendapatkan keputusan sekurang-kurangnya 5A 3B kerana mereka adalah pelajar-pelajar yang terpilih dan bijak pandai di dalam sekolah.
6) Pengetua telah memberi pandangan bahawa pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 Efisien ini masih jauh iaitu 30% soalan bagi tingkatan 1 dan 2, manakala 40% soalan tingkatan 3.

MAJLIS RAMAH MESRA DIALOG & AKUJANJI 10 MEI 09

SESI DIALOG
Sesi dialog ini diadakan diantara pihak sekolah dengan ibu bapa bagi memberi cadangan-cadangan untuk mempertingkatkan lagi kualiti pelajar dalam kecemerlangan akademik.
Sesi dialog ini telah dijawab oleh wakil sekolah iaitu Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seri Medan, Puan Siti Johariah binti Jumali.
Soalan 1
S: Adakah pihak sekolah dapat mengadakan kelas tambahan pada waktu malam?

J: Hal ini kemungkinan tidak dapat diadakan kerana banyak kekangan daripada ibu bapa dan guru-guru. Sesetengah guru-guru yang mengajar di SMK Seri Medan tinggal di luar Seri Medan dan ini adalah di antara kesukaran yang telah timbul. Selain itu, keselamatan para pelajar juga dititik beratkan kerana kebanyakan tempat tinggal pelajar jauh dari sekolah dan tiada kenderaan yang dapat disediakan oleh pihak sekolah.
Soalan 2
S: Adakah pihak sekolah akan mengadakan kelas tambahan pada waktu cuti panjang persekolahan?

J: Demi kepentingan para pelajar, ibu bapa meminta guru-guru mengadakan kelas tambahan dan mereka akan diberi intensif oleh ibu bapa. Kebanyakan program-program akan diadakan untuk para pelajar dan para guru SMKSM pada musim cuti persekolahan. Oleh itu, jadual perlu disusun jika pihak sekolah hendak mengadakan kelas tambahan.Pihak sekolah dan penyelaras KRK akan membincangkan hal ini dengan lebih lanjut.
Soalan 3
S: Adakah pihak sekolah ada menyediakan talian khas untuk dihubungi oleh ibu bapa jika terdapat sebarang masalah yang berkaitan dengan pelajar SMKSM?

J: Pihak sekolah tidak ada menyediakan talian khas kecuali nombor telefon sekolah. Ibu bapa disarankan supaya menyuruh anak-anak mereka meminta nombor telefon para guru masing-masing. Tujuan ini adalah untuk memastikan sebarang masalah dapat diselesaikan dengan hanya jika dirujuk kepada pihak sekolah atau guru-guru SMKSM.
Ibu bapa juga mencadangkan pihak sekolah mengadakan tuisyen pada hari Sabtu dan Ahad supaya dapat membantu anak-anak mereka di dalam bidang akademik dengan lebih cemerlang.

Sunday, April 19, 2009

Rancangan Khas SMK Seri Medan

Terdapat dua kelas bagi KRK di SMK Seri Medan iaitu 1 Effisien dan 2 Effisien